Online Diary I AM SNAA: Kemunculan semula

Wednesday, August 10, 2016

Kemunculan semula

Hai all. Ya Allah lama sangat tak update blog ni. Nak dekat setahun dah rasanya. biasalah sejak dah masuk upsi ni banyak benda yang kena buat. Assignments especially, tapi tula asam garam jadi students ni. dulu orang akan cakap masuk uni bnyk free time tak mcm kat sekolah hampir seharian kat sekolah. Hakikatnya memang betul tapi untuk orang yg join program macam aku ni masa free time tu tak jadi free dah. Sebenarnya bukan niat dihati nak bolot & join semua program pun tapi disebabkan nak dapat kolej punya pasal terpaksa lah aku berkorban jiwa raga dan tenaga hanyalah untukmu kolej~~~~. eh? ternyanyi pulak. 
Sekarang ni aku tengah cuti sem 2. Kejap rasanya masa berlalu tup2 dah habis tahun 1 aku kat upsi. Lepas ni dah tahun 2 which is aku akan naik ke sem 3. Orang kata dah jadi senior. hahahaha senior lah sangat weh. Bagi aku seniority ni tak patut wujud dalam kamus hidup students especially bila kat universiti. Sebab kat uni bukan semua yang sama dem dengan kau tu sama umur dengan kau. Ada yang lagi tua, ada yang lagi muda. Semuanya disebabkan 'types of education' yang diaorang ambil masa lepas SPM. Probably matriks, asasi, diploma or even politeknik & others choices lah. Jadi seniority ni tak perlu pun. Tak semestinya kau senior maka results kau lagi baik dari mereka yang kau gelar junior sangat ni. Tak semestinya kau senior maka kau boleh berlagak macam uni tu kau punya. So people, mind your own business jela ok. Kau settle, kau buat hal kau sendiri. Belajar pun tersengguk sengguk konon nak jadi senior terhebat. Im not saying that im good enough but at least try to be matured and considerate toward others. As long as you respect each other then why bother to become a senior? Hormat yang lain maka orang akan hormat kita. simple. Tapi kalau kau dah buat baik pastu orang tu muka kerek nak mampus, kau sound je dia 'ingat muka lawa sangat ke?' HAHAHAHAHA 
so to all adiks2/rakans2 yang baru nak masuk uni ambilan september 2016/1017 ni, kuatkan semangat anda untuk mengharungi liku liku sebagai seorang students universiti. Setiap keputusan perlu dibuat sendiri maka buatlah pilihan yang tepat. Jangan tension2 kita chill je tapi janganlah chill sangat sampai kau tinggal semua benda, ponteng kelas semua hokehhh. Kalau ketika pertengahan dalam nak menuntut ilmu tu rasa macam nak give up, ingat mak ayah yang banyak berkorban dan menaruh harapan pada kau dan paling penting doa lah kat Allah untuk dopermudahkan segala urusan. Sekian coretan dan bebelan daeipada cik keding. 
Aja Aja Fighting!!
Assalamualaikum :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 komen manusia =):

Ainufairuz said...
This comment has been removed by a blog administrator.
 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen